SABAK BERNAM: Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan kira-kira 15 minit apabila kepalanya tersepit pada kerusi di sebuah tadika di Sekinchan di sini, pada Rabu.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, kejadian jam 11.37 pagi itu melibatkan mangsa berusia enam tahun ketika sesi pembelajaran di tadika tersebut.
Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan daripada pihak tadika pada jam 11.42 pagi.
"Seramai tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan bergegas ke tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Norazam berkata, sejurus tiba di lokasi, pasukannya mendapati kepala kanak-kanak lelaki itu masih tersepit pada kerusi tersebut.
Ujar beliau, anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas bagi menyelamatkan mangsa dalam tempoh lima minit.
"Operasi berjalan lancar dan tamat sepenuhnya jam 11.54 pagi dan kita dapati murid itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada pengurusan tadika bagi urusan lanjut," ujarnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 11 2023
Anggota bomba menyelamatkan kanak-kanak yang tersepit pada kerusi di sebuah tadika di Sekinchan pada Rabu. -Foto Sinar Harian
Pameran alatan media lama, sejarah media Sarawak antara tarikan di HAWANA 2024
Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Kepala kanak-kanak tersepit kerusi tadika
Kejadian jam 11.37 pagi itu melibatkan mangsa berusia enam tahun ketika sesi pembelajaran di tadika berkenaan.